TUMPAT: Naluri ibu kepada pelajar kejururawatan yang dipercayai hilang sejak tiga minggu lepas di Alor Setar, Kedah, Nor Diana Mohd Najib, 21, kuat mengatakan bahawa anaknya mungkin dikawal oleh individu tidak dikenali.
Maznah Ismail, 44, berkata beliau berasakan demikian selepas bercakap dengan anaknya itu menerusi panggilan telefon kira-kira 11 pagi semalam.
Menurut Maznah, Nor Diana mengatakan bahawa dia kini selamat dan berada di Pasir Gudang, Johor.
"Ketika bercakap dengan 'kakak' (panggilan untuk Nor Diana) semalam, naluri hati saya kuat mengatakan itu bukan dirinya yang sebenar. Malah, kakak seorang yang sangat ceria sebelum ini dan hanya menjawab pertanyaan saya sekadar sepatah-sepatah seakan ada 'individu' lain yang berdekatan dengannya.
"Saya juga bertanya pada kakak sama ada ingin pulang ke rumah dan bertemu dengan saya? Dia hanya mengiakan sahaja. Selain itu, saya juga menawarkan untuk mengambilnya di Johor namun tidak diendahkan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau turut dihubungi polis dari Balai Seri Alam, Johor yang mengatakan anaknya telah membuat laporan polis pada 2 pagi tadi dengan menafikan laporan yang dibuat sebelum ini selain menegaskan dia kini selamat, mahu berhenti belajar selain mencari kerja.
Maznah berkata beliau dan suami Mohd Najib Hussin, 46, kini buntu memikirkan cara untuk membawa Nor Diana pulang ke pangkuan mereka malah nombor yang digunakan anaknya semalam kini tidak dapat dihubungi lagi.
"Selepas bercakap sekitar tujuh minit bersama Nor Diana semalam, saya cuba menghubunginya semula kira-kira selepas setengah jam perbualan itu namun talian itu tidak dapat disambung selain pesanan yang dihantar di WhatsApp juga tidak diterima oleh Nor Diana.
"Saya juga ada menghubungi kakak angkat Nor Diana yang dikenali sebagai 'Ika' memandangkan Nor Diana pernah tinggal dengannya sebelum ini, namun Ika menjawab Nor Diana telah melarikan diri selepas kisah kehilangannya tular," katanya.
Sebelum ini media melaporkan seorang penuntut tahun satu Diploma Kejururawatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Alor Setar dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas.
Nor Diana, sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Perumahan KTMB Tumpat di sini pada tarikh tersebut iaitu ketika cuti pertengahan semester, namun sehingga kini gagal dikesan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Maznah Ismail, 44, (kiri) bersama suami menunjukkan gambar dan laporan polis yang dibuat berkenaan anaknya Nor Diana Mohd Najib, 21, yang didakwa hilang sejak 29 Februari lalu. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
Nor Diana mungkin dikawal individu tidak dikenali - Ibu
Maznah Ismail, 44, berkata beliau berasakan demikian selepas bercakap dengan anaknya itu menerusi panggilan telefon kira-kira 11 pagi semalam.